Monday, November 30, 2009

biar mati anak

IMG_1541.JPG (image)

Saturday, November 28, 2009

SEKADAR RENUNGAN

1_601440484l.jpg (JPEG Image, 150x210 pixels)

Perdagangan Tingkatan 4 -

Perdagangan Tingkatan 4 -

LEARN MORE

SparkleBox - 1000s FREE printable Early Years and KS1 teaching resources - phonics, posters, labels, signs, activities and more!

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Pekeliling

Thursday, November 26, 2009

SEKADAR RENUNGAN

: "MELAYU MUDAH CAIR BILA DIPUJI - Dr Ridhuan Tee
KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?
Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.
Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, ' Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.
Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?
Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?
Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.
Terhakis
Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.
Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?
Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?
Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.
Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.
Biarkan
Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.
Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)"

LAGI BERITA BANJIR

"13 Nov. Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun . Saya telah pergi melawat ke sekitar kawasan yang terlibat bersama - sama ahli parlimen . Terlalu banyak kerugian dan kemusnahan telah dialami oleh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kali ini . Saya yang pergi melawat ke beberapa rumah turut sempat melihat sebuah rumah di Kpg Tapah yang runtuh kerana dilanda arus deras banjir . Mujurlah tuan rumah tersebut sempat terjun dan menyelamatkan diri. begitu pun sebahagian rumahnya ranap menyembah bumi .
Sebuah jambatan gantung di Sg Seputeh juga turut musnah sama sekali akibat arus deras sungai . YB Dato Hamzah telah mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan berkenaan di uruskan segera oleh Jabatan Saliran Daerah . Saya percaya lebih 300 keluarga yang terlibat dengan banjir , walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipindahkan . Menurut rakan - rakan di Selama , mereka terpaksa berenang ke sebuah rumah warga tua untuk menyelamatkannya daripada dihanyut arus banjir pada awal pagi khamis . Tahniah dan syabas atas kesungguhan mereka menyelamatkan ramai keluarga yang tiba - tiba diterperangkap dalam banjir yang naik mendadak .
YB Dato Daud juga hadir pada malam kejadian , saya difahamkan beliau hanya pulang pada jam 6 pagi tadi . .
Kerajaan sekarang sedang mengkaji kaedah yang perlu untuk menghalang banjir ini dari berulang . Perbelanjaan dianggarkan melibatkan puluhan juta ringgit demi kesejahteraan rakyat. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah swt , agar bencana seperti ini tidak lagi melanda kawasan kita ."

radio amatur

V-17 AMATEUR STATION:9W2XTM: "Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.






KEPERLUAN UNTUK MENJADI PEMEGANG LESEN RADIO AMATUR
Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan lesen peruntukan radas, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan lesen Peruntukan Radas Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9W8-bagi Sarawak dan 9W6-bagi Sabah.Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan lesen PeruntukanRadas Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9M8-bagi Sarawak dan 9M6 bagi Sabah.Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan lesen Peruntukan radas tersebut?Peruntukan radas tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian (RAE) Radio Amateur Examanation yang diadakan 2 kali setahun. Layari laman SKMM iaitu http://www.skmm.gov.my/ untuk mengetahui alamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berdekatan dengan anda."

KUBUR YG HARAM DI SISI ISLAM...

9w2znl.blogspot.com: KUBUR YG HARAM DI SISI ISLAM...: "KUBUR ATAUPUN PUSARA...

Inilah tempat orang orang Islam di semadikan, sementara menunggu untuk di HISAB pada hari KIAMAT kelak...

Tanah kubur yang dibangunkan dengan mengunakan bahan-bahan yang dibakar . Lebih menyedihkan ianya dihiasi dengan Ayat-Ayat suci Al-Qur'an yang mana ianya bertentangan dengan Islam .
Rata-rata umat Islam di akhir zaman ini telah mengikuti budaya orang-orang KAFIR sedikit demi sedikit . Jika kita pernah pergi mngerjakan Haji/Umrah , mungkin kita ada menziarahi Perkuburan BAQI' di Madinah dan Perkuburan Di MA'ALA di mekah , Tanah perkuburan ini telah berusia lebih dari 1430 lama nya , namun ianya masih lagi boleh menampung jumlah umat islam yang meninggal dunia sama ada di musim Haji atau Umrah . Ini kerana mereka benar-benar menjadikan tanah perkuburan itu berfungsi sebagai ' Tanah Waqaf' .



Ada lagi…



Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

' Rasullullah SAW juga melarang tanah kubur dibangunkan dengan bahan yang di bakar dari API '

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga...

Manakala hukumnya adalah HARAM jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala...


Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

' Membina bangunan ditanah perkuburan secara tidak lansung , kita telah meng 'HAK' milikkan tanah tersebut , sedangkan tanah perkuburan itu fungsinya adalah 'TANAH WAKAF'.





Yang ini siap ada no Lot 36 lak tu.....








Beramallah dangan ILMU, usah meniru sesuatu amalan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka mereka itu... ( SILA RUJUK KEPADA USTAZ ATAU ORANG ORANG YANG LEBIH ARIF !!! )

LAKUKAN SEGALANYA DENGAN ILMU,TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD..... Itu pesan nenek moyang kita dari dulu lagi..... So, sama sama ler kita tegur & menegur antara satu sama lain..."

pergi tak kembali. al-fatihah

kubur-1.jpg (image)

KATA-KATA KU...

KATA-KATA KU...:
"Disini,
Tiada yang adil diperkatakan..
Betapa pun berat mata memandang..
Sarat sengsara yang menanggung..
Hakikat cinta ibu pada anaknya..
Kita merasa, tapi tahukah betapa nilainya ?
Perempuan,
Seorang wanita yang ku kenal sebagai 'IBU'..
Mengandung.. Bertarung nyawa melahirkan..
Menyusukan juga Membesarkan..
Pernahkah dia berkata 'penat atau bosan'?
Aku pernah dengar budinya tapi tidak percaya
Dan bila ku lihat dengan suara hati..
Itulah Ibu..
Ibu yang rela mengorbankan masa..
Bersengkang mata, Membuka salur telinga
Dan Membanting tulang empat kerat untuk membesarkan anaknya..
Tidak jijik dan meluat..
Bermain dengan najis..
Tidak marah dan benci..
Mendengar sumbang suara tangisan anaknya..
Tidak sesekali meragui dan kesal..
Mendapat anak yang entah apa jadinya kelak..
sebaliknya Ibu menyambut anak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran kehadrat Illahi..
Hari ini dan disini..
Kita hidup kerana jasa, pengorbanan dan semangat Ibu..
Dan aku pasti..
Ibu tidak meminta balasan serta ganjaran..
Hanya mengharap secebis kasih cuma..
Dari insan yang bernama ANAK.."

Hj Pak Nil

Aznil Haji Nawawi

bLOG MaziduL 360 TV3

Bersama Mazidul

PPSMI

SOFT+LANDING+PPSMI+4.jpg (JPEG Image, 1024x768 pixels) - Scaled (70%)

Selamat Datang di e-psikologi

Selamat Datang di e-psikologi

PSIKOLOGI

PSIKOLOGI INDONESIA

APA NAK JADI

hari+ini+(7).jpg (image)

sendiri mau ingat II

hari+ini+(5).jpg (image)

Wednesday, November 25, 2009

SENDIRI MAU INGAT

SEMINAR KERJAYA LMS 2009

PESERTA SEMINAR KERJAYA


PROF MADYA HAMZAH SAMAT BERSAMA CIKGU ADAM KAUNSELOR PENTADBIR PPD LMS, AZWAN PENGARAH PROJEK, DAN HERI KING KONG SEMINAR KERJAYA


CGU SHUHADA MASIH STEADY KAT SEMINAR KERJAYA WALAUPUN DOK TUNGGU MASA NAK BERSALIN


CGU IZHAR KAUNSELOR PELAJAR SERATAS, BAKAL PENGARAH BAHAGIAN SBP, INSYAALLAH

PEJABAT AGAMA DAERAH KULIM







SELAMA DUA MINGGU MULAI 16 - 27 NOVEMBER 2009 CGU ROSLAN BERADA DI PEJABAT AGAMA DAERAH KULIM BAGI MENJALANKAN KAJIAN KES BAGI KURSUS TEORI DAN AMALAN KAUNSELING KELUARGA . TERIMA KASIH KEPADA PENTADBIR YANG MELULUSKAN CUTI CGU ROSLAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PEJABAT AGAMA DAERAH KULIM KERANA SUDI MENERIMA CGU ROSLAN MENJALANKAN KAJIAN KES.

jamuan akhir tahun 2009 kelas 1 khas














SEMINAR KERJAYA LMS 2009

Salah satu aktiviti yang dijalankan, bina menara


Maziah tekun dok buat aktiviti


MekLa tersengih dok lihat kawan dia


Nasa senyum sokmo


Hafiz dok pikir lagu mana nak selesaikan masalah




Empat orang murid Tingkatan Empat telah terpilih mengikuti Seminar Kerjaya 2009 yang diadakan pada 21-22 November 2009 di Asrama al-Munawarrah, SMK Taman Tasik, Taiping. Seminar tersebut diadakan oleh pelajar Sarjana Sains (kaunseling)-UUM Pusat Kuliah bagan Serai dengan kerjasama MGKK LMS dan PPD LMS

Monday, November 23, 2009

LATA RAMBONG

sambungan balik kampung.. - shariza's FotoPage - Fotopages.com

USTAZ ABDUL SAMAD NOH: Ulama, Ahli Politik dan Penulis (1917-1984)

USTAZ ABDUL SAMAD NOH: Ulama, Ahli Politik dan Penulis (1917-1984)

KISAH ANAK SG BAYOR

Utusan Malaysia Online - Utara

KOPERASI SMK SG BAYOR BHD

Buat Aktiviti Ikut Peraturan

PERPUSTAKAAN DESA SG BAYOR

PD Sungai Bayor's Site

Pekan Jumaat SUNGAI BAYOR

Pekan Jumaat SUNGAI BAYOR

JASAMU DIKENANG

Pn Harifah bt Mohd Amin akan bertukar ke daerah Kerian ( SMK Kuala Kurau ). Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak 13 tahun yang lalu.
Didoakan semoga Pn Harifah terus beroleh kecemerlangan di tempat yang baru.

Sunday, November 22, 2009

UNTUK ANAK DIDIK KAMI .........

spm.jpg (JPEG Image, 500x500 pixels)

MINDA MUSLIM

MINDA MUSLIM

SAJAK DADAH

: "Dadah Durjana

DadahTika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan
Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnahGenerasi dunia
Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..Pedih..
Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian.."

Komuniti Kaunselor - Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan

Komuniti Kaunselor - Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan: "Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada A"

Faculty Leadership and Management - Diploma in Subtance Abuse

Faculty Leadership and Management - Diploma in Subtance Abuse

Institut Integriti Malaysia

Institut Integriti Malaysia

AADK - Agensi AntiDadah Kebangsaan

AADK - Agensi AntiDadah Kebangsaan

GRED BARU SPM 2010

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Pekeliling

Friday, November 20, 2009

BANJIR KAT DAERAH KERIAN

Kolek yang digunakan untuk menyeberangi kawasan banjir
Jalan Alor Pongsu - Selama masih ditutup
Air dari Bukit Merah dam dilepaskan
Bukit Merah Dam
lagi Bukit Merah Dam

laluan Alpor Pongsu - Selama masih ditutup
Wartawan lokasi, Adam


BACA, mungkin ada sesuatu yang memberi kesan kepada anda

PUSAKA 01

ORANG MEDIA

Bersama Mazidul

Thursday, November 19, 2009

KEMENTERIAN PENGGAJIAN TINGGI MALAYSIA

MOHE

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Pekeliling

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Pekeliling

JIKA BERMINAT NAK MINTA SEKOLAH TEKNIK TAHUN 2010

Aplikasi Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik(SMT) 2010

MPV - Produksi Multimedia