Saturday, December 19, 2009

News - kampusku

News - kampusku: "Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN juga akan menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah.

Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.



SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia .


Hubungi Kami:
No. Tel: 03 - 2092 7788
No. Fax: 03 - 2098 6589
E-mel : simpanan@ptptn.gov.my

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibubapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang mempunyai pendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 dan sebulan. Jumlah pemberian Geran Sepadan (maksima RM10,000) akan ditentukan setelah mengambilkira tempoh simpanan SSPN dan jumlah simpanan. Kadar Geran Sepadan akan lebih banyak sekiranya mempunyai simpanan yang lebih tinggi dan tempoh simpanan yang lebih lama.



Kelayakan Pemberian Geran Sepadan:
Pendeposit mempunyai pendapatan keluarga bulanan tidak melebihi RM2,000; dan Penerima manfaat diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.

PERLINDUNGAN INSURANS

1) Keistimewaan:
Premium dibayar oleh PTPTN.

Perlindungan RM ke RM (Dollar to Dollar) sehingga maksima RM50,000 (insurans am) dan RM100,000 (insurans amanah).

Khairat/pampasan kematian untuk pendeposit (RM1,000) dan penerima manfaat (RM500).

2) Syarat:
Had umur pendeposit sehingga 65 tahun.

Had umur penerima manfaat sehingga 28 tahun.

Pendeposit mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM1,000 pada setiap masa.

Insurans Amanah - penerima manfaat adalah yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim dan akaun SSPN dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim tersebut.

Perlindungan insurans ini tertakluk kepada peraturan Insurans Berkelompok PTPTN."

0 comments: